Produk

Monday, March 26, 2012

Mac 2012...

Salam

Hmmm...dh lama x update blog...arie2 bukak blog & arie2 amik 'new post' tp baru ajer nak start menaip, segala macam ilham & idea yg dok berlegar2 dalam kepala terus ilang...huhuhuhuhu...

ok... kita masih lagi di bulan Mac walaupun dh dipenghujung tp still "Mac Mood"...hehehehehe...aku suka Mac sbb aku dilahirkan di bulan ini..20 Mac 1978...so, kiranya, selepas ditambah, ditolak, dibahagi & didarab, umur aku dh pun 34 tahun...Ya Allah dh tua pun aku....tp jiwa still muda remaja lagi tau....

20 Mac maknanyer aku berzodiak 'pisces'...


hmmm...aper yer ciri2 org 'pisces; ni yer....jap nak google...
 ok...dh jumpa satu...

Pisces Yang Sensitif

Ciri Positif:
Orang yang lahir pada tarikh antara 19 Febuari hingga 20 Mac dikatakan bernaung di bawah zodiak Pisces, yang berlambang ikan. Anda mengutamakan cinta sejagat, bersifat manja, sentiasa mencari ilham, memperlihatkan kepercayaan, ada persefahaman, berjiwa puitis, gemarkan muzik, beragama, bersifat setia, mampu melayan diri, mengutamakan kerohanian, dan tidak mudah mengaku kalah.

Ciri Negatif:
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berasa keliru, bersalah, mudah mengaku kalah – diri, kecewa, bimbang, risau, terlibat dalam penipuan, ketagihan, dan mudah menurut kemahuan hati.

Kualiti Astrologi:
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah GEMINI, VIRGO dan SAGITTARIUS.

Yeay...aku jumpa ramalan bulan kelahiran dari Dr Fadillah Kamsah...
Menurut kata beliau, org yg lahir dlm bulan Mac ni mempunyai ciri2:-

MAC
  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
 Well, ader yg betul. ader yg hampir2 betul & ader yg x betul langsung ciri2 kat atas tu ngan aku..apapun, ini cuma ramalan ajer kan..jgn percaya sgt kan jadi syirik plk...

Ok...ni nak stori mori sikit...arei lahir thn ni plg besst sbbnyer dpt hadiah dr Mr Hubby, Galaxy Tab 10.1'..Ya Allah, syukur sgt & hepi sesgt...trima kasih syg...syg sgt kat awk...opppsss...bukan syg awk sbb dpt Galaxy tp sebab memang sy menyayangi & menyintai suami saya, MOHD UMARAZIM BIN WAN ABD RASHID...

Semuga cinta kami akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan semuga kami akan terus kekal bahagia bersama....AMEEN...


Semuga arie2 yg dilalui akan memberi sejuta kebahagiaan, ketenangan, keberkatan dari Ilahi...

Wallahualam...

No comments:

Post a Comment