Produk

Wednesday, October 17, 2012

CINTA yg sebenarnya CINTA.....

Salam syg....salam cinta...& salam kasih utk semua...


2 3 ari ni idea dtg mencurah curah utk update psl cinta...kasih & syg antara suami & isteri....tp tu la 2 3 ari ni bz sikit...bz uruskan anak2....uruskn rumahtanga...sejak dah kawin...pastu dh jd ibu pd 3 kanak2 riang & aktif ni aku langsung x der masa utk diri sndiri....lngsung x der ruang utk aku lakukan aktiviti2 yg aku minat & suka....hmmm...

Ok2...persoalan pertama, knaper tiba2 aku nak bcakap psl semua nih?layakkah aku utk bercakap ttg cinta...ttg syg...& ttg kasih...siapa la aku utk berbicara ttg semua ini...

Rasenya aku lebih arif & pndai kot utk berbicara pasal tudung AJ...pasal kecantikkan kulit wajah & pasal make up...Jujurnya aku dh lupa bagaimana rasa disayangi...dicintai...& dikasihi..Knaper ek?ntah la...aku pun kurang pasti...Adakah silap aku atau silap pihak yg lagi satu?

Dan knaper plk aku beria nk berckp pasal hal ini?Sbb nya ada seseorang yg telah membuka mata hati ku ttg semua ini...betapa pentingnya hubungan kasih syg antara suami & isteri...hubungan yg bukan sekadar hubungan 'suami & isteri' tetapi...arrgghhh...aku x tahu mcmaner nk describe...

Suami isteri seharusnya mjadi kawan, teman , sahabat, member kamceng, bff antara satu sama lain...bukan sekadar suami & isteri sahaja...tetapi lebih daripada itu...

Beberapa bulan yg lalu, aku telah diperkenalkan oleh member opis aku ngan satu blog  yg berkisahkan tentang kasih seorang suami terhadap isterinya yg tercinta..Blog www.abil4fauziah.blogspot.com. Mula2 aku baca aku umpama tiada perasaan...seolah2 tiada yg menarik di blog itu...1st impression tentang blog ini ialah kisah2 yg dipaparkan ialah kisah dongeng semata...timbul dipikiran ku tidak mungkin wujud cinta yg sebegitu di zaman ini.Mana mgkin ada lelaki yg bernama suami mencintai isterinya sebegitu mendalam...arrggghh...karut belaka...Knaper ek aku berpikiran begini?Sbbnya aku yg hampir sempurna ni  pun, (maksud aku tidak sakit ler..) tidak pernah merasai cinta yg begitu mendalam, inikan pula kak Gee yg sakit.

Sebulan kemudian, aku kembali lg utk membaca blog tersebut.Kali ini aku membaca dgn penuh perasaan...penuh penghayatan...Ya Allah, begitu murni & tulus cinta abil pada isterinya, kak Gee sehingga tnpa aku sedar air mata aku mengalir laju.Oh tidak!Aku sungguh jeles.Kak Gee adalah wanita yg plg bertuah dalam dunia ini sbb berjaya memiliki cinta yg  sebenarnya cinta dari suaminya.

Pada Abil, Kak Gee lah isteri,permaisuri hati, kawan,teman, sahabat, member kamceng & bff beliau.Tiada 2 tiada 3...hanya Kak Gee dalam hati Abil.. Abil blh cari pngganti yg lain kalau itu yg dia nak. Tp dia tetap setia pada isterinya.Tetap setia mencurahkan kasih & syg pada isterinya tanpa rasa jemu.
Persoalannya sekarang, naper ada pasangan suami isteri yg semprna tidak mmpu mencurahkan kasih sayang & cinta yg sehebat Abil lakukan pada isterinya?Susah ker nak berkasih sayang ngan isteri?En Abil, susah ker nak curahkan...tunjukkan...rase cinta & rase kasih pada isteri? Pasti jawapan dr En Abil, ialah tidak susah sbb dia begitu mencintai isterinya..

Choppp...stop sini dulu...nnti smbung balik sbb otak dh x leh nk pikir nih...tetiba jer blank...

Nnti smbung k..

Wallahualam...






Bersangka Baik Kepada Allah


Aku selalu mengikut sangkaan hambaKu.
Aku sentiasa bersama-samanya.
Ketika ia mengingatiKu dalam dirinya, Aku pun mengingatiNya dalam diriKu.
Jika dia mengingatiKu di hadapan orang ramai, Aku pun akan mengingatinya di hadapan orang yang lebih ramai.
Jika dia mendekatiKu sepanjang sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta.
Jika dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa.
Jika dia mendatangiKu dengan berjalan kaki, Aku akan mendatanginya dgn berlari
(HR Bukhari)


Manusia.
Apabila ditimpa kesusahan yang sedikit, mulalah merungut dan menyalahkan takdir.
Apabila ditimpa kesusahan yang banyak, mulalah pula mempersoalkan Ilahi; mencari tempat untuk meluahkan rasa amarah dan tidak puas hati.


Sedangkan.
Apa yang diberi Ilahi itu sebenarnya terbaik buat diri.
Kepayahan yang dilalui itu sebenarnya bertujuan mendekatkan dirimu dengan Ilahi.


Bersangka baiklah dengan Allah. Kehidupan ini sememangnya tidaklah seindah yang diharapkan, tetapi ketahuilah apa yang diberi Ilahi padamu itu sebenarnya terbaik untuk dirimu.


Apa sahaja yang berlaku pada masa hadapan, sentiasalah memandang positif dan yakinilah bahawa bantuan Allah akan senantiasa bersamamu; selagi kamu tidak pernah meninggalkan Dia.


Sebuah cerita yang diceritakan oleh seorang sahabat. Kisahnya bermula apabila dia telah tertidur lebih lama dari yg dijangka menyebabkan dia lewat untuk menghadiri sebuah program di dewan kuliahnya.


Disebabkan dia tersedar lewat, timbul perasaan marah dan kecewa terhadap dirinya sendiri memandangkan dia tahu betapa pentingnya bagi dia menghadiri program itu tepat pada masanya.


Jauh di sudut hatinya, terselit juga perasaan marah pada Allah kerana dia merasakan Allah tidak membantu dia agar dia tersedar sebelum program bermula.


Sewaktu bersiap-siap itu dalam keadaan kelam kabut itu, dia menjadi semakin serabut apabila kunci biliknya tidak ditemui dan bermacam-macam masalah. Dia dengan tidak sengaja telah terlepas amarahnya "Ya Allah, apa lagi yang ingin Kau beri pada aku?," soalnya bertubi-tubi.


Dengan perasaan geram yang masih memuncak, dia tetap menghadiri program yang harus dihadirinya itu. Dia tidaklah dimarahi kerana lewat namun dia merasakan seseolah cacing kepanasan, tidak selesa walaupun duduk di bangkunya.


Dia merasakan mudah marah terhadap perkara-perkara kecil yg diutarakan sewaktu perbincangan. Dia merasakan emosinya tidak stabil. Hatinya benar-benar tidak tenang.


Waktu itulah dia mula beristighfar sebanyaknya kerana dia menyedari bahawa dia sebenarnya telah melakukan kezaliman terhadap dirinya sendiri.


Mana mungkin hatinya bisa tenang setelah dia mengucapkan kata-kata yang melepaskan kemarahannya pada si Penciptanya?


Mana mungkin hatinya rasa bahagia setelah dia menyalahkan segala yang berlaku itu pada Allah yang menyediakan sebaik-baik perancangan untuknya?


"Astaghfirullah.. astaghfirullah..astaghfirullah...," sebutnya tidak putus-putus dengan air mata bercucuran dan kesalan yang tidak terkira.


Kemudiannya perkara sama berulang lagi. Namun kali ini, sepanjang dia bersiap-siap, dia mengucapkan dalam hatinya dengan tidak putus-putus "Ya Allah, permudahkanlah urusanku hari ini. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Perancang,"


Sepanjang dia bersiap sehinggalah waktu habis program, semuanya berjalan dengan sungguh lancar. Hatinya merasa sungguh tenang, sangatlah jauh bezanya jika dibandingkan dengan sebelum ini; bagaikan langit dan bumi.


Sewaktu orang lain dalam kesibukan dan panik sekalipun apabila dilanda krisis, dia masih tersenyum lebar dan tenang, kerana dia yakin Allah ada bersamanya.


Dan juga kerana dia telah bersangka baik dengan Allah. Dia yakin bahawa Allah pasti akan membantu dan bersamanya di saat kesusahan. Dia yakin dengan perancangan yang telah Allah tetapkan untuknya.


Kejadian yang sama berulang lagi. Dan dia tetap bersangka baik dengan Allah walau apapun kepayahan yg menimpa dirinya selepas itu.


Dan hasilnya, dia mula nampak akan sebab musabab terjadinya perkara yang tidak diingini itu walaupun dia sedaya upaya cuba menolaknya. Benarlah, Allah itu sebaik-baik Perancang.





Maka, senantiasalah bersangka baik dengan Allah. Jangan melemparkan andaian buruk-buruk terhadapNya walau betapa dikau tidak menggemari sesuatu keadaan itu.


Tanya pada dirimu sendiri; andai ada yang memberi andaian buruk-buruk kepadamu, apakah kamu akan membantunya selepas itu? Sudah tentu tidak, bukan?


Namun, andai ada yang menyangka yang baik-baik terhadapmu, pasti dengan rela hati kamu akan menghulurkan bantuan kepadanya.


Maka, apabila ditimpa kepayahan, hilangkan segala prasangka buruk terhadap Allah. Ingatlah bahawa Allah sebenarnya ingin memberikan sesuatu yang lebih baik kepadamu.


Dia ingin menguji keteguhan dan kepercayaan hatimu kepadaNya, maka buktikanlah itu semua kepada Yang Maha Esa!


Hakikatnya, kepayahan itulah yang biasanya mendekatkan kita kepadaNya. Lumrahnya manusia, apabila dia terasa payah, dia mula akan tercari-cari bantuan.


Oleh kerana itulah adakalanya kepayahan itu sebenarnya baik untuk kita, kerana tatkala itu kita akan mencari Allah dengan bersungguh-sungguh sekali. Tatkala itu, kita akan menjadi lebih rapat dengan Allah dari kebiasaannya.


Dan betapa ramai orang yang menemui jalan pulang ke pangkuan Ilahi setelah Allah mengurniakan kepayahan kepadanya.


Dan apabila Allah membawa seseorang itu kembali kepadaNya, itu bermakna bahawa Allah masih lagi menyayanginya.


Maka, senyumlah. Allah menyayangimu :)

Wednesday, October 10, 2012

AIDIJUMA

Assalamualaikum w.b.t....

Semlm aku menulis pasal cinta tp sori guys x leh nak update lg kat sini sbb msh blm siap sepenuhnya lagi...hehehehe...tp pg nih tetiba jer dtg idea nk update pasal tudung...yeayyy...lately nih dh jadi satu fenomena plk kat opis nih...fenomena tudung AJ....'AJ' stand for 'Aidijuma'...

Sebenarnya, tudung AJ ni ialah tudung bawal yg dijenamakn sebagai 'AJ' oleh pengasasnya iaitu Datin Nurjuma...Saper x kenal Datin Nurjuma mmg nk kena nih.. Datin Nurjuma ni ialah wife pada Datuk Mohamed Nazim Razak, adik Dato Seri Najib Razak (PM).


Ok...ni aku nk citer mcmaner aku blh terjebak ngan koleksi tudung AJ nih...Adoooii.. kalau dh terjebak memang susah sikit nk ilangkan tabiat nih...semetelah la aku ni jenis yg shopaholic dan suka berfesyen...(kalu ore kelate panggil 'jangoks')...hmmm...sampaikan kat opis aku nih org pnggil aku datin...hehehehhe...InsyaAllah, masin ler mulut kamu kamu semua yer...suatu hari nanti aku jadi Datin yg sebetulnya Datin...cehhh...ada cita2 tuh nk jadi datin...koya la kamu ni mc nie...

Sebenrnya aku dh lama dgr psl AJ ni tp aku x amik kisah pun sbb dlm pikiran aku ni mesti harganya mahal..iyer la..dh datin yg punya mstilah mahal kan...sehinggalah raya posa ari tu aku tgk sepupu suami aku, nadirah pakai tudung AJ ni..ms tu la aku dh terjatuh cinta pndang pertama ngan tudung AJ nih...kisahnyer...choppp...1st yg aku tnya kat sepupu aku nih ialah harga...bila dia ckp harganya RM 7 sehelai, 10 kali aku tnya dia blk, betul ker harga 7 yal nih?...jolo ko?... rm7 ker  rm70?..x tipu ek?...bila sepupu aku confirmkan harga nya memang cuma RM7 sehelai, terus la aku pun mula angau akan tudung Aj nih...ialah mula2 jatuh cinta...pastu angau la plk kan...hehehehehe..

Dipendekkan cerita aku pun suruh la sepupu aku ni tlg belikan 3 helai...nak yg kaler striking2...sbb aku mmg suka kaler yg terang2...kalau pakai kaler yg pudar nnti nampak pucat pulak...So, my 1st koleksi tudung Aj aku ialah kaler pink biru terang & purple terang...

 

Ni aku pakai kaler biru terang...kat tgn aku tu plastik hitam AJ..hehehehe..2nd batch utk koleksi tudung Aj..masa ni AJ ada join kat Pesta Konvo UMK pd 13 Sept - 15 Sept 2012 di Taman Tg Anis. Time nih aku sempat rembat 3 helai jer...Tp esknya arie Jumaat aku g beli lg...x bnyk pun aku beli cuma 4 helai jer..menjadikan semua sekali baru 10 helai...

                 Ni la sepupu aku nadirah...aku pakai tudung kaler belacan atau peach kot ek?

Last Sabtu, aku,  adik ipar aku, Tik & kwn adik ipar aku, Ety bersama2 ngan ank masing2 ngan semangat yg berkobar2 telah menuju ke Machang utk membeli tudung Aj nih...hahahahhaha...sebenrnya, kat kelate nih mmg x der lagi stokis AJ nih, katanya Datin x nak bukak kat sini sbb x nak bg persaingan kat penjual2 tudung bawal di kelate...So, yg aku beria g Machang tu sbb nyer kat situ ada dealer (aku pun x pasti ni blh dipnggil dealer or not)...sbbnyer, tempat yg aku pegi utk membeli tudung2 AJ ni ialah tempat dia letak stok2 tudung AJ.If ada mana2 function seperti Pesta Konvo utk mana2 IPTA di kelantan dan Datin telah bersetuju utk AJ join sekali maka dealer mereka yg kat Machang ni la yg akan pergi...

So, disebabkan susahnyer nak dptkan stok AJ ni, maka aku dgn bermurah hati nyer menolong member2 opis aku yg dh mula suka ngan tudung AJ ni utk tlg belikan mereka tudung...2 3 arie sebelum aku g ker Machang, aku dh inform member2 opis utk listkan kod tudung yg mereka nak beli dan arie khmis kena bg list beserta duit sekali...hehehehe...sbbnyer aku x leh wat business pun ngan tudung AJ nih sbb harga dia standard...

Inilah hasil aku shopping sabtu lepas...

                                                                      Order dr Afiqah

                                                                         Order dr Aty

                                                                     Order dr Wanie

                                                                       Order dr Jue

                                                 Last but not least order dr mia ros...

Eh...jap...x der ker order utk aku nih?mcm pelikkan?..hehehehehe...mana blh x der order utk diri sndiri...itu kejam namanyer tuh...utk batch kali ni aku try beli inner jer...sajer nk try pakai inner plk...agak2 comey x nnti kalau aku pakai inner?hehehehe...

Ok...ini la rupa imej terbaru aku ngan koleksi AJ nih,,,,taraaaa....

                                                 1st try...inner 3 segi + tudung bawal plain....

                           Arie kedua try...inner 3 segi + inner 3 segi...i like this combination of colour....

Arie ke3 try...dh masuk hari ke3 nih dh bukan try la nama nyer nih...kira dh jadi ler pakai macam nih...


Ni pic arie nih...snap masa breakfast kat mcD baru di Taman Bendahara...tudung agak kurang kemas sikit...x per la..jnji dpt mkn mcD....hehehehhe...Sila abaikn muka ku yg bulat itu...yg penting kita kena konfiden...

So, next batch utk koleksi AJ maybe next week kot sbb this time aku nak order online...order sekali ngan member2 opis...yg menariknya sepupu aku yg kat jepun pun ada order jgk..pastu member baru dr FB pun mintok tlg orderkan sekali....wahhh...seronoknya...smbil2 berjangoks...smbil2 tlg member2...& smbil2 mengukuhkan ukhwah sesama saudara & kawan2....best2...

ok la...stop dulu pasal AJ nih...kita bertemu dilain waktu...nk smbung wat keje plk....

Wassalam...











Wednesday, October 3, 2012

Krim Kunyit Anna



Salam semua pengunjung blog azlini...


Arie ni nak citer pasal satu lagi produk kecantikkan kulit wajah yg ternyata berkesan...sy kata berkesan sbb nyer sy sndiri yg pakai dan rasai keberkesanan nyer..
Pernah dengar tak krim kunyit? Arie tu saya pakai krim kunyit Tia Amelia...mmg ok tp harganya agak mahal ler sikit...RM 25 /pc..pastu sy stop pakai sbb ntah la...sy nih jenis yg cepat boring kalau guna sesuatu produk...

Pastu baru2 nih, sy tergerak hati nak pakai balik krim kunyit...so, sy g cari kat my member yg jual kat pasar tani..sy tnya ada x krim kunyit yg bgs & murah sikit dr krim kunyit Tia Amelia...So, dia rekemen kan satu krim kunyit dari Thailand...namanya Krim Kunyit Anna...(atau sy pnggil  krim kunyit tudung ijau...sbbnyer krim kunyit ada bnyk jenis...ada yg tudung merah...ada yg tudung krim..)

Bila sy tgk2 dan cuba bau krim kunyit nih, saling x tumpah ngan krim kunyit Tia Amelia...So, ok la..sy pun beli krim nih ngan harga cuma RM15/pc..Krim ni dipakai waktu malam jer yer...jgn pakai siang hari kalau x muka anda akan jadi kuning macam kunyit...hahahahha...



                                Ini la rupa Krim Kunyit Anna...Harga mmg murah..cuma RM15/pc

Pada yg x tahu krim kunyit nih bnyk khasiatnyer...antaranya ialah: -

1. Memgecutkan jerawat
2. Mengurangkan Pigmentasi/Jeragat dengan berkesan
3. Membersihkan kulit muka
4. Awet muda
5. Melicinkan kulit muka
6. Mencerahkkan kulit muka

Krim kunyit nih ternyata berkesan dengan cepat untuk membasmi apa jua jenis jerawat dan kesan parut akibat jerawat, selain itu mampu memadamkan kesan jeragat dalam masa yang singkat, sesuai untuk semua jenis kulit. Krim kunyit ini juga berfungsi sebagai pemutih wajah serta melembutkan kulit muka, pilihan utama penduduk Thailand dalam masaalah muka berjerawat dan berjeragat, amat sesuai digunakan kpd mereka yg mengalami masalah jerawat (semua jenis jerawat).


Jujurnya, sy x der niat nak jual krim kunyit ni, tp lps sy pakai hmpir 2 minggu, ada yg bertnya produk apa yg saya pakai utk kulit wajah sy...dan sy sndiri dpt tgk hasilnya bila pakai produk nih...x caya cuba tgk pic nih,..pic ni sy snap seminggu lps sy pakai krim kunyit...

 
ok...ok...cukup2 la letak pic sndiri ye azlini...jgn salah phm yer...ni sekadar share testimoni diri sndiri sbb sy x pandai jual produk / brg yg sy sndiri x pernh guna...produk2 yg sy jual adalah produk2 yg sy sndiri pakai & merasai sndiri keberkesanan nyer...
Kalau ada yg berminat nak cuba Krim Kunyit Anna ni blh la wassap / msg sy di 013 - 310 9402..
Harga utk Krim Kunyit Anna :-
1pc - 5pcs =  RM 15/pc
6 pcs -12 pcs  = RM13/pc
12 pcs - 24pcs = RM 11/pc
> 24 pcs =  RM10/pc
Postage RM 6 (Pos Laju)
Mai2 order cepat...jgn tunggu lama2 utk kelihatan cantik...
Wallahualam...


Monday, October 1, 2012

4ever Luv....

Salam...

Masuk jer opis pg ni terus terpikir nak update my blog...nk update apa pun x tahu...hehehehehehe...
Ok...semenjak 2 3 arie ni aku suka sgt layan klip dari shila amzah ketika pertandingan Asian Wave 2012 yg berlangsung kat Shanghai, China 20 Sept 2012 baru2 ni...

so speechless bila tgk persembahan beliau...mmg superbb awesome...terbaeeekk la...apa lg word yg blh describe performance beliau...


Asian Wave 2012 ialah pertndingan nyanyian yg  mengmpulkan wakil2 dr pelbagai negara rantau Asia seperti Jepun, Korea, Malaysia Singapore, Thailand, China & India. Panel jurinya pula terdiri drpd professional dlm bidang muzik:
1. Japan's Bossa Nova Queen Lisa Ono
2. Korea's pionner boy band shinhwa's Lee Min -Woo
3. India's pop music industry ''Big Sister'' Anaida
4. Cantonis Pop Legend Alan Tam
5. Hong Kong 's leading recording artiste Hacken Lee.
 
.(yuhuuu...my feberet artis ni...since aku kecik2 dulu)...so jeles bila shila dpt salam ngan dia...hmmm...patut jeles ker bnda2 mcm nih?...mmmm...x patut...x patut...

Tp apa yg lbh  membanggakan..Shila telah berjaya memenangi pertandingan tersebut yang rata2 penontonnya adalah dari negara China. Menariknya..sepanjang Shila membuat persembahan..para juri dan penonton jelas kelihatan terpukau dengan kehebatan nyanyian dan tenaga yang ditunjukkan oleh Shila terutamanya semasa lagu "Forever Love"..ada diantara juri telah mengangkat Shila sebagai Superstar.. smpai ada juri yg menunjukkan aksi meremang bulu roma...fuhhh...caya la shila... 
 
Pada pusingan pertama di peringkat saringan, Shila telah mengalahkan peserta dari Singapore dengan membawakan lagu 'Set Fire to The Rain', nyanyian Adele..jom kita layan performance ini...

 
  
Pusingan kedua plk Shila telah mengalahkan peserta dari Jepun  dengan membawakan lagu   'Forever Love' (lagu mandarin) yg mana penyanyi asalnya ialah Lee Hom. Apa yang membanggakan ada juri mengatakan yang Shila telah menyanyikan lagu itu dengan lebih baik..dan telah berjanji untuk berusaha memperdengarkan kepada Lee Hom sendiri "Forever Love" versi Shila itu.. Apa2 pun lagu ini telah melayakkan Shila ke Final. Syabas Shila..jom layan klip video lagu tersebut..

 

utk final plk shila mempersembahkan 3 buah lagu yg pada sy memang terbaeekkk la...good job shila...i'm so proud of you...

x yah ckp bnyk2...jom kita layan klip final Asian Wave 2012 yg berjaya menobatkan Shila Amzah sebagai juara...

1st song : GEMILANG

2nd song : GRENADE

3rd Song : ZHENG FU....for me lagu ni best sgt sbb mendayu2 jer...mmg kena la ngan jiwa aku yg selalu kacau nih...hehehehehe....

ok la...layan jer la yer klip2 nih...nk g minum jap...ada org nk blanja jap lg...

chow cin cau....